Tiada yang terlambat

Assalamualaikum,

 
                      "Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

                            Semasa tengah 'blog-walking' sambil di headphone mendendangkan lagi You Came To Me dari Sami Yusuf aku terjumpa sebuah blog yang berkisarkan islamik.Minda aku sedikit terbuka dan tersentap dengan apa yang di tulis di blog saudara itu.Hidup di atas muka bumi ini hanyalah persinggahan yang sebentar kerana yang kekal itu menanti.Jika ditakdirkan hidup kita singkat,jika ditakdirkan esok hari terakhir kita,sudah cukup ke bekalan yang mengiringi kita,yakin ke yang neraca kita lebih di bahagian pahala?Blog yang aku baca tadi mempersoalkan tentang anak muda yang saat dia bangun dan kembali ke alam mimpi dengan bermain game,dan kisah kaum wanita dan lelaki yang ajnabi bermain ayat-ayat cinta sebelum tiba waktunya,kisah kegilaan remaja terhadap hiburan lagha.

                 Sesungguhnya setiap saat yang berlalu akan ditanya kembali,adakah jawapan kita nanti lebih kepada kepentingan dunia dari kepentingan akhirat.Alhamdulillah bagi aku tarikh 1/8/2011, tak pernah aku lupa,kerana pada tarikh itu aku mula berhijab.Dan mudah-mudahan kekal buat selamanya.Before i was a hijabers i thought i knew what islam all about,but fact im not.Masa sebelum aku bertudung,aku ingat aku tau apa itu islam,islam dengan tudung dan aurat,islam dengan solat.When im 'into' islam,aku tau yang ilmu dalam dada ni masih sikit,masih cetek dan masih perlu dicari.Islam bukan hanya pasal aurat dan solat,islam itu luas.

               Rasa jahil kerana selepas 18 tahun aku hidup baru nak mendalami islam secara total.Mungkin saat aku khatam quran ketika 10tahun aku yakin yang itu islam,tapi lagi islam bukan hanya khatam pada sebuah kitab suci.Islam Itu Luas.Get into it then you will know what islam is all about.Aku rasa perubahan itu but i don't know which part of myself is undergo changes.Biarlah perubahan yang sikit ni mampu dekatkah hati aku dengan DIA.Biarlah yang lepas aku ambil untuk membaiki diri yang lemah ni.



              Russia.Sudah hampir dua bulan aku hidup di negara orang.Masih ingat lagi ketika minggu kedua kami disini aku dan rakan-rakan dibawa oleh lecturer kami bersiar-siar,hari itu hari jumaat jadi kami dibawa bersiar di taman berdekatan masjid.Zohor di sini pada pukul 2.20pm.Hari tu kami tiba awal di Masjid,lebih kurang pada pukul 1.10.Di sini(Rusia) penuh dengan church jadi apabila ternampak khubah masjid aku rasa gembira.Gembira kerana wujud islam di negara Soviet Union ini.Masa lalu dihadapan masjid,ada beberapa orang makcik dengan anak-anak kecil tengah meminta sedekah.Mereka islam =).Apabila masuk waktu solat jumaat apa yang aku dapat lihat adalah gerombolan orang lelaki islam tengah memenuhi kawasan masjid.Memandangkan jumlah jemaah yang ramai maka ada antara mereka yang tepaksa solat di kawasan luar.Meremang bulu roma sebab sebak dan gembira tengok keadaan tu,sedangkan di negara malaysia jarang jemaah seramai itu.Semoga islam terus subur disini.InsyaAllah.

                                                         -Ni la masjid kat Saint Petersburg-


             The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.Tiada kata terlambat sebelum berhentinya nadi kita.=)

-Raya di embassy-











2 comments:

Rosalia said...

Happy bace pglmn kau kt sne :) happy jgk ramai sudah berubah kearah kebaikan semoga kita tetap kawan. Maaf jika perah buat silap spnjg kte kenal. take care sakinah :)

kina_ackles said...

past is past la kan =).take care too =)