SAHABAT

Assalamualaikum,


   Rasa dah lama tak berupdate blog ni.Alhamdulillah dah sebulan lebih berada di negara orang.Alhamudlillah juga diri ni masih sihat seperti biasa.Dan aku masih lagi cuba untuk terima keadaan sekeliling.Keadaan yang serba serbi barunya. Sebelum terlambat,izinkan aku untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA buat keluarga tercinta dan sahabat-sahabat di Malaysia.Maafkan diri ini jika melakukan salah dan silap.Tahun ni beraya ala kadar sahaja dan raya kali ini aku sambut di embassy malaysia russia.Alhamdulillah walaupun jauh berada di rantau orang tapi masih berpeluang lagi untuk solat raya,masih dapat rasa juadah2 raya.=)

   Sebulan lebih berada di tempat orang memang mengajar aku pelbagai erti hidup.Masih teringat kata-kata ayah.kalau nak kenal siapa sahabat kita antaranya dengan bermusafir.Jika sahabat itu mampu hidup susah senang bersama,insyaallah,dia adalah sahabat.Jikalau bukan begitu sifat sahabat itu,maka kita berdoa agar hubungan persahabatan bertambah baik.Maafkan aku sahabat jika dalam jangka pendek yang kita kenal ni,aku banyak menyakiti hati kalian,banyak menyinggunkan hati kalian,mungkin aku alpha dan lalai dengan perbuataan aku sendiri.Wahai sahabat nasihatkan diri ini agar hubungan yang dibina tidak terus keruh.Sungguh aku merindui hubungan kita yang dulu.Rindu gelak tawa kita bersama.Maafkan jika diri ini tidak mampu menjadi sahabat yang baik.Jangan simpan perasaan benci itu terpendam kelak hati sendiri yang merana.Aku sayang kalian wahai sahabat walau kadang-kadang ada perkataan yang menguriskan hati ini,insyaAllah tidak aku simpan lama-lama.Kerana mungkin itu juga salah aku sendiri.Sahabat aku nak kalian tahu,sepanjang malam bulan ramadhan lalu,bangun malamku,berjaga malamku,solat malamku,bukan untuk diri ini saja tapi untuk perhubungan kita juga.Doaku agar hubungan yang dibina ini akan terus dirahmatiNya.

  Allah pertemukan kita,kerana aku yakin yang kalian adalah yang terbaik untuk diri ini.Aku tak mampu nak menilai kalian wahai sahabat kerana aku juga manusia biasa lagi2 dalam tempoh waktu yang singkat ini.Dan sesungguhnya husnuzon itu sifat yang mulia.dan aku yakin bahawa kalian adalah sahabat yang baik atau mungkin yang terbaik  yang dipertemukan Allah untuk diri ini.Kekurangan dan pertelingkahan dalam perhubungan adalah ujian dari DIA agar kita tahu masih banyak kekurangan diri ini.Nasihatkan aku wahai sahabat,tegurlah diri ini,agar tidak jauh dari haluan yang sepatutnya.Aku berdoa agar dalam tempoh 4 tahun kita bersama semuanya diberkati DIA.InsyaAllah jika aku sedar kekurangan diri ini dalam persahabatan akan aku perbaiki dan jika kekurangan dan kesalahan sama aku ulangi maka teguri aku sahabat.Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya.
   

2 comments:

Cik Fie said...

NEWEST UPDATE (!) Raya Yang Paling Membosankan ♥ Jom Baca/Komen :)
http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/raya-yang-membosankan.html

Anonymous said...

:) take care kinot.