Selepas setahun

Assalamualaikum,



                            Alhamdulillah,akhrinya foundation aku selama setahun habis jugak.setahun?orang luar mungkin kata itu satu tempoh yang sikat,tapi bagi aku yang melalui dan hidup dalam tempoh tu, macam-macam benda berlaku.Dalam setahun aku belajar cara hidup dekat tempat orang,aku kenal apa itu kawan,aku belajar berdikari,aku belajar cara hidup yang tak pernah aku fikir nak lalu.MIAT,hari isnin,4 jun, merupakan hari terakhir aku kat situ.Seminggu sebelum tarikh tu lagi,aku dah start 'counting down' sebab tak sabar nak balik rumah.

                          
                            Tapi bila tarikh count down tu datang,rasa sedih sangat.Bukan sedih nak tinggalkan MIAT, tapi memikirkan yang aku akan mula 'counting down' untuk pergi ke Russia pula.28 Jun ni,Insyaallah pukul 8.30 malam aku akan ke negara orang.22 hari je lagi tinggal dekat sini.Aku harap dalam tempoh yang singkat ni,aku dapat gunakan dan luangkan dengan keluarga.I don't know what my life would without my mama and my ayah by my side.Kalau tak sebab mereka,tak mungkin aku dapat tamatkan course ni.Awal semester satu lagi aku hampir rebah dan mengalah,tapi memikirkan yang ayah dan mama banyak berkorban,aku tetap teruskan.TERUSKAN sampai ke akhir supaya mereka gembira.Aku teruskan untuk  orang yang aku sayang dalam hidup ni.I did finish my course.syukur ya rabb. =') .


                         Mama ayah,dalam tempoh 5 tahun setengah klong kat sana,klong harap agar mama dan ayah doa agar klong lebih kuat dan tak mudah mengalah macam dulu lagi dan doakan jugak agar iman dalam hati ni tak mudah goyah dan lebih dekat denganNya.Mom dad,sorry if i can't be your perfect daughter but im still trying and working on it.Thanks for always be my side and good adivsor.Selama 19 tahun klong hidup,semua yang klong mintak mama dengan ayah tunaikan.InsyaAllah untuk harapan yang satu tu,klong akan usahakan sebaik mungkin.Mom and dad,you both will always be in my prayers.=')









                          
                            Malam terakhir dekat MIAT,aku tidur pukul 5 lebih sedangkan esok tu ada paper math. Malam terakhir duduk melepak dalam bilik dengan Aini,Shira dan Lin.Siapa mereka?Mereka la sahabat,teman dan rakan aku dekat sana.Dengan dorg lar aku buat benda jahat,dengan dorg jugak la aku balik hostel pukul 2 pagi =).Dan paling penting,dengan dorg jugak la tempat mengadu,meluahkan perasaan.Dalam waktu sedih sebab berjauhan dari keluarga,DIA pertemukan aku dengan mereka bertiga.
Malam terakhir tu kami main 'truth or dare' ,tapi semua kena pilih truth je =).Im gonna miss that moment.



                                 Alhamdulillah aku,shira dan aini,akan sambung belajar dekat tempat yang sama.Tapi Lin akan pergi Moscow.sobsob.Untuk Lin,nanti dekat Moscow jaga diri elok-elok,maintain the way you are,kalau benda heart-to-heart kita skype je nanti.=).terima kasih sebab sudi jadi sahabat yang baik untuk kita.terima kasih sebab bagi kita menyemak dekat bilik Lin =D.Nanti dah sampai sana,jangan rindu suasana bilik yang bising tau =).Terima kasih sebab sudi ajar kita..Doakan kita jadi genius macam Lin yea =).Lin,pasal hati dan perasaan tu tak salah,cuma jagala elok-elok =).Kalau sayang luahkan dekat dia =).
Aini dan shira,5 tahun setengah yang mendatang,mari bukak bisnes seperti yang dirancang.haha.Let's survive this together kawan =)

                             
                                  Dalam 3 minggu ni,banyak lagi benda nak diuruskan.Tolong doakan agar semuanya dipermudahkan.salam =)
                                                                                                                                                          





2 comments:

Anonymous said...

good luck sakinah :) Aku doakan kawan2 aku dari jauh.

kina_ackles said...

thanks =),tapi siapa ni??