Masih bernafas

Assalamualaikum,

 

                         Tak sangka yang aku masih punya blog untuk diupdate.=D.Hidup di alam nyata lebih memerlukan tumpuan.Alhamdulillah semalam sudah berakhirnya semester 2,ini bermakna aku hanya tinggal satu saja lagi semester untuk diteruskan..Dan semestinya semester 3 akan lebih mencabar mental aku.#pasrah.



                        8 bulan berada dalam course ni sangat2 menguji diri aku.Terutama dari segi kesabaran. Mengalah,pasrah dan putus asa pernah menjadi penteman peneman diri.Again,I thank HIM for the strength. Alhamdulillah saat-saat jatuh macam tu,aku masih ibu bapa yang sentiasa memberi semangat dan kawan-kawan yang sudi membantu.



                          'Hidup umpama roda'.Kalau masa sekolah dulu hingga masuk UiTM,pelajaran bukanlah satu masalah bagi aku..Belajar last minute macam mana pun masih boleh score tapi tidak sekarang..Semua dah lain,pelajaran menjadi aim utama dan benda yang sangat membebankan.Kalau dulu tidur pukul dua,tiga pagi sebab baca novel,sebab berchatting,tapi sekarang tidur pukul dua,tiga pagi sebab nak buat homework nak buat assignment.Awal-awal agak memenatkan tapi setelah 8 bulan benda dah jadi sebati.Selama 8 bulan ni macam2 ujian dan cabaran DIA bagi.Tapi aku yakin yang Dia hanya menguji dirini dengan apa yang aku mampu hadapi.=)


                       Hidup dekat hostel banyak mengajar aku untuk lebih berdikari dan kenal dengan pelbagai macam jenis manusia.Satu benda yang aku belajar dekat sini adalah jangan mudah beri kepercayaan dekat orang lain.Setakat kenal 6 7 bulan,belum tentu orang tu layak untuk digelar kawan.Sekarang tengah semester break selama seminggu,kalau ada masa insyaAllah akan diupdate =).
              


1 comment:

imal said...

sabar separuh drpd iman ^_^