Orang Rusia sangat cerewet.

                Setiap hari aku melalui kitaran hidup yang sama kecuali Sabut dan Ahad.Rutin hidup semakin lama semakin mencabar.Otak semakin lama semakin sesak.Sesak untuk menerima apa yang diajar.Aku cuma ambil 3 subjek.Mungkin kedengaran sikit tapi percayalah 3 subjek ni lebih susah daripada SPM.Mai prepodaveteli (lecturer saya) semuanya orang Rusia.Dorg cakap bahasa alien susah nak faham.Ini entri luahan perasaan,warning awal-awal sebab bosan.

                Kelas dah start lebih daripada 2bulan tapi tak semua benda yang diajar aku faham,bukan sahaja aku tapi orang lain pun sama.Serius bahasa inggeris dorg sangat tunggang langgang okay,masa mula2 dorg ajar, aku rasa macam ter'alienated' sangat.haha.Lecturer Matematik aku Dr.Rustem,dia buat calculation tanpa guna kalkulator pongg,gua kalau buat math tak ada kalkulator rasa nak toreh-toreh jer otak ini #okaymelampausangat. Siapa yang didapati tidur di dalam kelas beliau,akan dihalau keluar olehnya tanpa kompromi. Memandangkan aku duduk dekat depan whiteboard,ratio untuk aku tidur adalah sangat rendah -_-. Assignment math setiap minggu akan ada dua,dan tempohnya hanyalah selama seminggu.Teknik ni bakal melahirkan genius dimasa hadapan.harharhar.

               Lecturer fizik aku, Mr.Alexey Petrovich.Kelas beliau adalah kelas yang paling mengantuk bagi semua pelajar.Disebabkan dia,aku ada hobi baru,iaitu melukis semasa beliau mengajar.gambar lukisan akan diupload kemudian.,haha..Beliau suka bercakap tidak henti-henti.Untuk kelas ni,aktiviti tidur tiada masalah,sebab beliau tak garang langsung.Tapi apa yang dia ajar,MasyaAllah,sangat susah nak faham.Kami belajar fizik tak ada nombor langsung yea..Hanya menggunakan formula ,sin,cos,tan dan sewaktu dengaanya.Teknik ni juga bakal melahirkan Isaac Newton yang baru.ouh yeah! ;P

               Last sekali adalah Russian Language,diajar oleh Anna Vladimirovna.Kelas yang setiap hari wujud dan kredit hour paling banyak.Kami tidak pangil dia Mrs,miss and etc,tapi kami kena pangil nama penuh dia okay.Kalau kat Malaysia bunyi macam kurang ajar tapi kat sana tanda hormat.Cuba kita pangil pengetua dengan nama penuh without 'Encik' atau 'Puan' kat depan,mau kena lempang sebijik.haha.Setiap hari kelas dia wajib ada homework.Kelas yang kena on time selalu,kalau lewat kena denda.Kelas yang juga selalu buat ujian mengejut. Jadi kepada yang teringin nak belajar kat Russia,sila bersedia mental dan fizikal okay,kalau tak mampu kerja under pressure baik pilih negara lain.Sekian untuk kali ini,luahan perasaan akan bersambung dilain hari.salam =D .Eh sebelum tu,harga prepaid akan dikenakan tax sebanyak 6%,kesian rakyat malaysia asyik ditindas oleh pemimpin sendiri jerr,nak bersuara lebih nanti kena ISA pulak..Next pilihan raya, silalah mengundi dengan bijak,tak kan dah kena tipu banyak kali masih nak buat bodoh kot?? ;P


Contoh Russian Language






 

3 comments:

Anonymous said...

wow stdy russia ke??course apa niE??

Acap said...

susa x blaja bahse nie??pelik je tgk.hihi

kina_ackles said...

anonymous=yea tgh belajar bahasa dia =) course aero engineering.=)

acap=susah jgk la.hehe ;D