Better late than never

Assalamualaikum,

       
                   Salam ramadhan aku ucapkan kepada muslimin muslimat sekalian.Alhamdulillah tahun ni aku masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk mengecapi nikmat berpusa tetapi dengan sedikit kelainan.Kelainan, kerana jika tahun-tahun sebelum ni aku dapat bersahur dan berbuka dengan keluarga tetapi kali ni aku terpaksa bersahur dan berbuka bersama rakan-rakan di asrama..Sedih pastinya,tapi kerana mengejar misi dan cita-cita aku redha.

                   Dan alhamdulillah juga,setelah berfikir panjang dan berdoa memohon petujukNya,aku telah mengambil keputusan untuk tidak lagi ber'freehair' dan berazam untuk bertudung.Ini adalah azam bulan ramadhan aku.Bagi aku mengambil keputusan untuk bertudung bukan satu perkara mudah and it makes me cry a lot.Banyak perkara perlu aku fikir,dari segi berpakaian dan segala macam lagi la.Bagi aku biarlah ia menjadi titik tolak dalam kehidupan aku untuk menjadi muslimat yang lebih baik dari sebelumnya.Aku tidak mengharapkan kesempurnaan dalam hidup cuma perubahan yang sedikit demi sedikit itu sudah mampu mengembirakan aku.

                   Jangan tanya kenapa atau siapa yang membuatkan aku mengambil keputusan untuk berubah. Kerana pilihan untuk bertudung ini adalah atas kehendak aku sendiri dan juga sebagai kewajipan aku sebagai hambaNya.Cuma aku berharap, kepada sesetengah pihak di luar sana yang cuba menjadi 'penceramah bebas' aku harap sangat kalian dapat berdakwah dengan bijak.BIJAK okay.Tak salah kalau korang sebagai rakan cuba nasihat rakan korang yang lain tapi janganla sampai membuka aib dia.Cara terbaik adalah secara personal bukan dengan post di facebook.Seriously menge'post' sesuatu di facebook yang mengandungi maksud double meaning bukan lah satu cara dakwah yang betul dan sangat tidak cool yea..

                    Akhir sekali aku berharap agar ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari ramadhan-ramadhan yang lepas.Dan semoga dosa kita yang lampau akan diampunkanNya.Dan benda yang paling aku harap sekarang ,adalah supaya 'my big family' could gather as one just like before.='(..Dah dekat empat tahun, bulan ramadhan dan syawal rasa dull sangat-sangat..Ikhlas dari lubuk hati aku ,yang aku rindu sangat nak bukak puasa dengan semua makcik2,pakcik2 dan sepupu2 aku yang lain.If one of them could ignore their egos,it  will be better for us.Aku berdoa sangat agar semua masalah ni akan  segera berakhir,dan aku juga berdoa agar tahun ni aku dapat berpuasa dan beraya macam 4 tahun lepas kerana, tahun depan dan beberapa tahun akan datang,besar kemungkinan aku akan berpuasa  dan beraya di negara orang..Big Family please reunite,i miss everyone of you.='(..I miss every moment that we had been through.Sesungguhnya semua masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan aku berharap aku temui jalan penyelesain untuk masalah yang satu ini.Last but not least,hidayah Allah tu banyak,tinggal untuk kita berusaha dan berdoa sahaja untuk memperolehnya.Salam =)


3 comments:

afeb pilah said...

slamat pose!

siti nursakinah said...

sakinah :') , aku sentiasa sokong segalaa keputusan kau yang ini . aku gembira dengn perubahan kau kali ni kawan .

kina_ackles said...

afeb=selamat berpuasa jgk =)

kikin=thanks for the support =)