Aku busy,Perdana Menteri pun kalah

Assalamualaikum,


                 Dah lama aku tak update blog ni kan??Hidup di alam nyata teramat lar busy sekarang ni, macam- macam yang hendak di uruskan.Ceyh2,bajet busy kalahkan Perdana Menteri je kan..Penyumbang  utama kepada kesibukkan aku beberapa minggu lalu adalah sebab ni ;



               Nampak tak,nampak tak sebab apa aku tak dapat nak update blog??cuba tengok tarikh tu,21 Mei ni kot iaitu hari sabtu.Guaa sedih gila nak mati tau, sebab Sabtu ni ada cerekarama Nazim Othman berlakon. haha.Demi masa depan waa sangup berkorban apa saja,ceyh..

              'Diploma Kejuruteraan Awam' ,ni adalah first choice aku masa isi borang UPU dulu.tapi UiTM Jengka bukanlah pilihan aku..Rasa nak meraung golek-golek je bila tengok dapat kat Jengka.Aku harap aku dapat lar yang dekat-dekat ni jer,sekali check dapat Jengka..Aku hanya dapat bayangkan yang UiTM Jengka ni adalah dekat kawasan pedalaman yang dikelilingi oleh hutan-hutan dan pokok kelapa sawit,tiada shopping complex,tiada tempat wayang dan tiada Nazim Othman.Okay yang terakhir tu sangat tak ada kena mengena..haha.=D

               Apa yang aku tau,semasa pendaftaran pada hari sabtu ni bermaksud hari orientasi pun bermula.Aku paling tak suka hari orientasi ataupun dekat UiTM dorang panggil Minggu Destini Siswa (MDS) sebab hari orientasi ni banyak gila ceramah dan bebelan yang boleh membuatkan aku mengantuk..damn it.Tidak kurang juga,hari orientasi pasti akan diketuai oleh 'senior-senior' yang konon nak test kenyaringan suara-suara merdu mereka. Haha.WTH,aku memang tak suka hari orientasi dari dulu lagi.kepada budak-budak UiTM,incase korg terbaca entri ni,moh lar share apa itu MDS ni.=D

               Sebenarnya aku ada dua pilihan samaada nak pergi UiTM ataupun matrikulasi.Matriks aku dapat dekat Banting je..Dekat je berbanding dengan Jengka ni.Tapi bagi aku orang yang ambil matriks ni orang yang hebat-hebat je,sebab nak kena maintain result 3.8-4flat..Kalau tak dapat nak maintain kena tendang keluar.Siapa yang kena tendang tu pulak kena masuk form 6 ataupun diploma yang biasa je.perghh rugi masa je bhai. Memandangkan aku bukan lar seorang yang 'risk taker' jadi Uitm pilihan yang tepat,walaupun jauh dari rumah , waa redha jer.-_-.Doakan agar aku mampu hidup berdikari di tempat orang.=) Aku akan update blog lagi,bila hari orientasi ni tamat.till then,assalamualaikum =D.




4 comments:

asybedazzle said...

eh kita sebaya lah. hehe.
saya dpt asasi um, masuk next week
goodluck! :)

アヌム ちゃん said...

Salam. singgah sini ye~ Nice blog :)
Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

kina_ackles said...

asybedazzle=thanks yea and goodluck too =D

アヌム ちゃん=thanks =)

Anonymous said...

I like it very much!