Apa itu blog???

Assalamualaikum,

 
'an apple a day keeps the doctor away'

                    Dah dua minggu aku tak update blog..well,hidup kat alam realiti lagi penting dan banyak nak diuruskan.Nak kena layan suami lagi,nak kena layan anak lagi.aisyh,penat dennn dibuatnya.ehhhh,tak,itu dunia hayalan je.haha.okay,mengikut jangka hayat blog aku ni dah lebih kurang dua tahun lebih lar jugak.tapi aku baru je start aktif dua,tiga bulan lepas..sebelum ni kan aku ber'tittle' budak sekolah ,jadi mana ada masa nak update blog ni semua,dulu aku hanya selalu update ilmu di minda dan di dada jer ..ceyh,apa ke bengong ayat macam nie.haha.fine,sejak aku start aktif berblogging ni balik,aku selalu lar buat blogwalking,running, swimming,crawling ni semua,dan dan dan,aku belajar lar sikit tentang 'apa itu blog'.masa tengah BW tu tak semua blog yang kita baca dan singah tu best,ada yang macam suam-suma kuku jer,macam blog aku ni lar .haha.yelar followers pun seratus lebih je,tak sampai pun ribu raban ni semua.TAPI tak semua blog yg followers dia cecah lima,enam ribu tu best.sebab,ada certain blog yang aku lawat,ya allah,sumpah boring nak mati,but,well dunia ni kan tak adil.dan ada jugak blog yang SUPER-AWESOME macam blog yang pernah aku list kat sini.Jadi selepas,BW sana dan sini,jadi aku just nak share larh apa itu blog dan apa sebenarnya pembaca nak.aku masih noob lagi kot dalam dunia blogging ni,tapi apa salahnya nak kongsi pendapat kan?



1)Lagu.

Bagi aku,kalau seseorang tu buat blogwalking mesti dia bukak open tab sekali empat atau lima.Bayangkan kalau setiap blog yg dia lawat tu ada pasang lagu.tak ke bunyi dia dah menyakitkan telinga.Lagipun,manusia ni sama je,setiap kali online mesti pasang lagu dekat latop.Tambah lagi kalau blog yang dia BW tu gila lagu heavy metal,tak ke parah gegendah telinga nie..Sebab tu bila aku BW,aku mute kan sound kat latop ni.sunyi gila kot buat BW tanpa dengar lagu ni.haha,jadi korg,yg pasang lagu tu,tak payah lar pasang lagu yea,sebab orang yg buat BW tak suka pun nak dengar dan tak adanya dorang nak cakap "waah budak ni lagu dia semua uptodate lar" "waah,budak ni minat genre music yang sama dgn i lar".euwww,tak ada maknanya.=D


2)Mari Belajar Membaca

Blog yang tulisan dia bewarna warni adalah menyakitkan mata.Tahu lar korang nak mengambarkan diri korang yang ceria tapi,ya allah~~.tak silap aku,kali terakhir aku baca tulisan bewarna-warni ni masa aku tadika.yeah,masa baca buku 'anakku' semua tular..itu pun warna merah,biru dengan hitam je dia guna.tak adalar guna warna-warni ni semua..seriously,benda ni buat kan aku sakit maa.kalau warna sikit-sikit tu boleh lar terima,tapi kalau dari A-Z dah bewarna,perghh rajin gila korang main dengar kaler-kaler nie kan..tapi terpulang larh,your blog your choice kan.


"eyes observed and discoverd"

3)Masa Itu Emas,Sila Patuhi.

Jam..well,aku tahu antara kalian,ada yang sangat punctual dengan masa ni.tapi tidakkah anda rasa,apabila anda membeli sesebuah komputer mahupun latop,memang dah tersedia 'auto clock' dekat anda punya taskbar??maksudnya disini,segala widget yang berkaitan dengan jam ini tidak perlu sama sekali okay.=)sebab ni akan membuatkan berat blog anda bertambah dan menyebabkan loading ke blog anda slow jugak.

4)Be yourself

Haaa yang ni lagi satu masalah..kenapa perlu nak copy entri blog orang lain yeah??Kalau copy dengan izin tu boleh dimaafkan lagi,yang masalahnya,copy dan buat macam idea dalam entri tue macamidea otak sendiri.TAK.tak.bukan ada orang copy entri dekat blog aku ni.siapalah yang nak copy entri aku yg mcm apa ni kan.haha.benda ni kebanyakkan berlaku dekat blogger2 yang terkenal lar..God has given you one face, and you make yourself another..macam michael jackson larh.haha,okay, tak ada kena mengena pun.=)


5)I want to be rich,don't you dare to stop me.


Saya nak kaya,saya tak kira apa pun nak terjadi.setiap orang buat blog dengan matlamat yang berbeza.ada yang nak berkawan.ada yang rasa blog tempat maki hamun..ada buat blog untuk kutuk si polan tu dan si polan ni.."blog with different user will have different purpose".incase kalau ada yang tanya kenapa aku buat blog??jadi jawapan sejujur-jujurnya adalah aku sendiri tak tahu.aku hanya update bila aku rasa nak tulis sesuatu,sebab aku tahu blog aku bukan ada peminat pun.sedih tau noksss.HAHA.okay,dah lari tajuk pulak,jadi aku cuma nak cakap kalau blog anda tak capai taraf Hanis Zalikha mahupun Ben Ashaari,tak perlulah bersusah payah meletakkan pelbagai jenis iklan yang menyemakkan yea.=).Blog HZ dengan BA walaupun dah jadi tempat kucing nak beranak pun,orang tetap nak baca okay.


"you dont have to be a gay cause no 
baby will be produce" 
 


6)Gambar tidak perlu lucah untuk tarik hati pembaca.


Kadang-kadang,bila satu entri tu penuh dengan tulisan sahaja ,pembaca akan jadi bosan,bila bosan,kita akan skip banyak tempat.aku pembaca dan kalian juga pembaca.jadi mesti korang faham apa yang aku cakapkan?
Untuk masaalah macam ni,gambar memang berkesan..kalau gambar tempat paling normal orang cari adalah dekat Google dengan Yahoo.Tapi aku selalu amik dekat deviantart . Gambar yang aku maksudkan dekat sini bukan gambar-gambar korang yang syok sendiri tapi arts.


7)Tajuk

Tajuk sebenarnya sangat penting untuk naikkan traffic orang ke blog kita.tapi,ahh,aku pun ada masaalah dekat bahagian tajuk,which is aku tak tahu nak bagi tajuk apa kat entri yang aku buat.nak naikkan traffic orang senang jer,buat tittle lucah sikit contoh " kisah malam pertama yang auww " .rating blog lepas tu mesti naik punya.but heyy,common,tak kan semata-mata nak traffic korang sangup buat tajuk macam ni.pewlishlarh.haha..tajuk dan entri kenalah seiring dan seirama okay.jangan larh tajuk korang cerita pasal hari ibu tapi entri pasal kucing pulak ehh.sebab aku pernah lawat satu blog ni, entri tentang mak dia ,tapi tajuk tentang 'si tikus mondok'.aku pun tak dapat nak relate antara tajuk dengan entri dia,adakah muka mak dia macam tikus mondok??HAHA.okay,fine,itu kurang ajar.=)


                        Aku rasa setakat ni jer entri aku kali ni.lagipun aku rasa ramai,yang dah pernah baca benda-benda macam ni..Saat aku buat entri ni,aku baru lepas sakit jantung yang sekejap.sekejap jer tak lama.sebab tadi adik aku yang bongsu,hilang.Tapi ,itu nanti aku cerita,sebab panjang sangat.Jadi,maafkan penulisan aku untuk kali ni,tak sempat nak double check atau apa-apa pun sebab masih dalam mimpi ngeri. Ni pu n entri dua hari lepas,aku cuma siapkan jer sikit.sekian dulu, salam.

                  "be happy,when doing addmath.haha"
 

4 comments:

syafiqa hayra said...

dalam banyak2 gua suka no. 1 . pantang betul aku kalau orang tu punya blog ada lagu . heyy . memang aku takkan bukak lah kannn blog dia . buat semak telinga je .

Anonymous said...

tang tajuk tue semart.dirty title memng xperlu pun.nice entry kkk. ;D

syazwani said...

"i folow u, u folow i".sye xske org yg anta macm nie,meyampah gile kot.hehe

kina_razali said...

epy=yeah.and that is the solid reason for me to turn my laptop into mute.kahkah.

anon=thanks yea =)

syazwani=sangat kot kan??tp sy xtulis pun pasal ni.hehe