Revolusi telefon bimbit zaman nenek moyang.


Assalamualaikum,


        Untuk entri kali ni,aku hanya nak cakap pasal revolusi handphone yang aku pakai.yang aku pakai okay,bukan kalian.Jadi yang sudi nak baca boleh teruskan yang tak nak baca sila teka alt+F4 ok..haha
Aku start pakai handphone ni sejak darjah 3 masa 2002.aku dapat pakai fon ni pun selepas melalak dan berguling-guling diatas kerusi selama beberapa jam..aku time kecik-kecik selagi tak dapat sesuatu yang aku nak memang aku akan melalak ,huahuahua,sbb aku tahu bila parents aku dah bosan plus tak tahan dengar kebingitan dalam rumah maka dorang akan penuhi apa yang dihajati..kahkahkah.keji tak keji lain cerita lar.=D




            Yang nie merupakan telefon bimbit yang first sekali aku pakail time darjah 3..masa aku tengah menangis tergolek-golek atas kerusi tu,family aku keluar tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah.cisss,tak bersimpati ke dorang kat aku nie??.haha.lepas dah petang sikit aku tengok family aku balik dengan plastik carrefour,lepastu puan mama pun hulur larh plastik hitam dekat aku,check-check rupanya aku dapat handphone bebeh.tapi aku kecewa.kecewa gila-gila larr, sebab telefon ni ada telinga,yeah,aku pangil benda yang panjang atas telefon tu telinga..haha..tapi tak sampai satu hari aku mintak tukar telefon dengan incik ayah.sebab henpon simens ni game dia boring.matlamat untuk mempunyai handphone time kecik-kecik hanyalah untuk main game ok,bukan message,mahupun calling-calling.


            Ni lar telefon bimbit yang aku exchange dengan ayah aku.matlamat memperoleh henfon ni kerana ada GAME ULAR..huyooo,zaman dulu,bagi aku henfon yang ada game ular nie adalah henfon yg sangat uptodate.haha.zaman sekarang budak2 dah tak kenal dah game ular ni.rugi lar dorg tak merasa ke'excited'tan time main game ular nie.haha.nokia ni aku pakai sampai awal darjah 5 jer.



                    Time darjah 5 pemikiran otak dah berubah,tujuan mempunyai telefon bimbit bukan lagi kerana game ular tetapi kerana camera supaya nanti dapat lar fosing sana fosing sini.haha.tapi malang, zaman dulu IT belum berkembang,maka segala gambar yang ditangkap tadi tidak dapat di'upload' kedalam fesbuk.haha.dan segala video yang di'record' pulak tidak dapat dimasukkan kedalam Youtube kalau tidak mesti aku dah femes macam inianwarhadi,justin bieber,yuna dan juga ana rafali.kahkahkah


    
                 Telefon ni orang pangil dulu telefon sabun.errr,why the hell entah orang pangil sabun,aku pun tak tahu.Matlamat untuk handphone ni pulak adalah untuk berbangga diri.kahkah.sebab telefon ni boleh download lagu macam-macam,kawan-kawan yg umur sebaya punya henfon time tu masih lagi kuno.keji gila otak aku time tu.tapi tu dulu,sekarang aku dah insaf.=-=



                       Handphone ni aku pakai selepas dapat result upsr,memandangkan keputusan aku okay,ayah aku bagi lima ratt ditambah dengan duit-duit yang makcik pakcik aku bagi,woo,kaya gila kot aku time tu.haha.jadi aku pergilah beli henfon ni.henfon nie aku dah handover kat adik aku yg darjah 6,lama jugak lar riwayat henfon ni dengan keluarga aku. x_x

          Yang ni pulak handphone time form 2.matlamat mepunyai telefon ni adalah disebabkan boleh browse internet.jadi setiap gambar yang telah difosing-fosing boleh lar diupload kedalam friendster dan myspace..time ni facebook belum femes lagi yoo.tapi masa zaman myspace,friendster tgh panas,aku tak penah letak gambar yang aku tangkap sebagai gambar profile okay,aku hanya letak gambar Zac Efron.haha.aku pun tak pasti asal aku minat kat dia dulu.=D


               Dalam banyak-banyak handphone,handphone nie lar yang paling aku sayang sebab banyak multi-function..gambar guna camera fon nie pun lawa berbeza gila dengan smartphone .yang ni pun masih wujud, sekarang puan mama yang guna.


                      Iphone nie aku pakai sekejap je.ayah aku beli sekali dua kot time tu,satu untuk mak aku satu untuk ayah aku.konon sweet lar tue pakau handphone sama jenis.haha.tapi yang mak aku punya aku ambil.kahkah.sebab mak aku jenis tak kisah sangat pasal handphone ni.



             Dan sekarang nie aku guna blackberry curve..sangat multi-function dan boleh download banyak application.tapi memandangkan aku malas nak download application jadah tu semua maka handphone aku hanya ada basic jer macam fb,twitter dan youtube..Dan sekarang nie aku rasa nak pakai balik handphone yang ada game ular tue,haha,sebabnya bulan 5 ni aku kena pegi PLKN..jadi takkan lar aku nak bwk bb pergi kem kot.kalau bawak handphone yang ada game ular tu,hilang pun tak sedih.aku rasa badluck gila kena plkn nie.seriously shit.haha.dah lar.till next,salam.=)







6 comments:

syafiqa hayra said...

kahkahkah ! plkn . padan muka kauuuuu

gigiAriEma said...

haiyoyo..plkn?kat ne dear??
gigi pon dulu2 mang tak nak g plkn..tp bila dah pegi tyme nak last day suma xnk blik..best dik mmber2 rmai..huhu..time tuh la tgh nak usha pkwe ensem..haha..
* gurau je.. :P

shafiqabdshukor said...

hahahaha...
aku sempat lg gune tepon yg ada aerial tu..

Norfa said...

dulu2 suka gak main game ulor dlm hp..

kakchik@ella said...

teringat henfon dulu-dulu. besar mcm botol air. haha ..

beruntungnya adik ada blackberry. kakchik smpai skrg tak mampu lagi. hihi ..

kina_razali said...

syafiqa=kuang ajar,kuang ajar,kuang ajar.haha.

gigi=pkwe ensem??Nie yang xsabar nak pegi ni.haha.

shafiq=cool doe handphone tu.=D

norfa=klasik gila kot game tu.hehe

kakchik=one day nanti bole lar tu pakai.=)