Gebang sebelum akil baligh

muhammad adam razali =)

 masuk darjah satu,muka memang kene inecent ke?


 dia hensem,kakak first dia lagi 'hensem'.haha

                    Hari ni semua sekolah dah bukak.kahkahkah.siap sedia lar korang dengan rules and homework semua tue..dan selamat masuk ke alam persekolahan utk adik aku,Adam. Aku dah warning dia awal2 supaya tak nangis mcm bapok di sekolah.haha.apa punya kakak darr aku nie.but seriously,aku tibe2 teringat alam persekolahan aku..aku mula belajar abc,123, dekat Tadika Berjaya. sebab tue lar hidup aku sangat berjaya sehinga sekarang.kahkahkah.lately nie aku rasa aku suka pulak gelak macam setan nie.=D.beladihel betul..tapi ada satu peristiwa kat tadika nie yg aku ingat sampai sekarang,memang sangat xboleh lupa lar kan.bila aku ingat peristiwa tue,pasti aku tersenyum sorang2 sambil mengatakan apasal aku nie bangang sangat.macam sekarang nie lar.haha.



            Peristiwa berlaku pada tahun 1998 ketika itu,aku baru jer 5thn.still young and cute mute bagai.ceyh .okay nak diikutkan cerita,masa tu lepas balik tadika tak silap.time tue aku sorang jer baru masuk tadika ,adik2 aku yg lain masih malas dan ada yg belum lahir lagi.=).masa kecik2 dulu,puan mama dan incik ayah sangat pantang jika anak2 dia mencarut dan puan mama juga pesan jgn cakap 'aku kau' dengan kawan2.dan aku start ckp aku kau dgn kwn2 pun bile masuk form1.innecent tak aku?haha..ok sambung cerita,lepas balik tadika hari tue,tibe2 aku tercakap bodoh dekat adik aku yg time tu 4thn.(bodoh dkategorikan sebagai mencarut eh,ketika tue. haha).masa tu puan mama tgh sidai kain kot,jadi dia tak dengar.tiba2 dengan kuasa Allah, puan mama tercegat dekat depan pintu ."kina cakap apa tadi?" tanya puan mama.fuhhhhhhh(nafas lega sebab puan mama tak dengar ape yg aku cakap).pastu mulalah aku reka cerita yg sangat kreatif utk puan mama.

             pastu aku pun gebang lar sama puan mama.aku cakap "tadi kat tadika ,amirul (aku rasa nie lar nama bdk yg jadi mangsa gebang aku) angkat skirt atikah.(mangsa gebang kedua).sampai sekarang aku tak tahu kenapa gebang tue jugak yg aku bagi kat puan mama.aishh.esok tue puan mama pergi jumpa guru besar tadika aku untuk ceritakan peristiwa yg aku gebang kat puan mama..damn it.aku rasa kecut perut gila masa dalam bilik teacher sharon(nama guru besar tue)..muka cikgu tue,perghh macam singa waa cakap sama lu semua.HAHA.mana lar aku tak takut kan..kat dalam bilik tue,aku dah nangis2 semua,sbb sharon ugut nak call polis.sharon tu pun pandai gebang gak kalau nak tahu.haha..kedua-dua mangsa gebang aku tue pun ada dlm bilik sharon tu.

           At last,aku cerita jugak kisah sebenarnya sambil mengelap2 hingus di baju.HAHA.tapi yg bestnya, balik rumah tu,aku tak kena marah pun..keajaiban dunia ketujuh bagi aku.=D.sebenarnya peristiwa tue banyak bagi aku pengajaran sebabnya sampai sekarang aku tak pandai nak menipu.jadi korang bole percaya aku 100 peratus lar.Kehkehkeh..ada lagi satu cerita pasal aku kantoi menipu..next entry lar aku cerita eh..masa 6 thn aku  pindah tadika lain dah, sebab tadika berjaya tue,masa rehat jer mesti bagi biskut lemak dgn air teh.boring lar sharon oi..menci tauu.HAHA.
           
           Untuk adik2 yg bakal masuk tadika tue,jangan belajar gebang macam akak tau.mesti korang tak tahu gebang tue apa kan,yelarh korang kan masih suci,innecent bagai..=) gebang tue maksudnya menipu yea adik2
semua.moral of the day ialah,"bercakap benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan".sekian tazkirah hari ni.=D

7 comments:

hamba Allah said...

lawak lar cite nie.
hehe

hamzah ian said...

hensem2.. hehe..

Anonymous said...

kecik2 dah pandai gebng naa.
haha.citer ni lawak kot.haha

farid said...

'sharon pun pandai gebang gak'
haha.siott jer. :D.

sharon kau said...

aku nie cekgu yg kau
kata pandai gebang tu.
sampai hati aku eh.HAHA

kina_razali said...

hambaAllah=haha,thanks yeah =D

oltroman=aku dah thu lama dah.haha

anon=kau lagi pndai gebang,cter nie sedih kot.haha

farid=betul apa.haha

sharon=kau idup lagi ke?ingat dah mati.HAHAHA

mirul said...

kuang ajar,bole tanya
sharon hidup ke x.haha