Aku menyaksikan PEMBUNUHAN KEJAM

                       Semalam,pada pukul 8 pagi ketika aku sedang nyenyak tidur diatas katil yang sangat empuk,tiba2,"haji buat ape tue" dan bla bla bla (org ckp2).bila aku cam kan balik suara tue,ouh rupanya suara puan mama dan incik ayah tgh berbual2 dgn jiran sebelah melalui beranda bilik..buat spoil wetsweetdream aku jer.HAHA.

                                           

                        Disebabkan gangguan bunyi diluar bilik tue,tidur aku jadi terganggu..menci betul lar.jadi aku pun bangun dari katil dan pergi ke tingkap.Dari luar tingkap tue aku tanya sama puan mama, "ade ape ma?"  dan dijawab "ouh,atok(tok haji tue lar) tangkap musang tadi"..pastu,aku pun intai saje lar apa yg orang tua tu buat. aku tengok musang tu stick dekat batang besi.macam tengah bergayut lar,tapi aku pelik,sebab musang tu tak lari pun,ke atok tue guna gam gajah,sampai musang tue sayang sangat sampai taknak lepas batang besi tu.apa2 jelar kan..aku ingat lepas atok tu dah dapat tangkap musang tu dia nak anta kat tempat jauh2 sikit ke or nak jual sebab musang kan binatang esotic boleh buat money,okay fine,aku memang otak duit sikit.=D.

comel apa musang,boleh dibela nie =D

                     Tapi sangkaan aku salah bila incik ayah tanya "haji nak buat apa dgn musang tu?" "nak bunuh lar"..what??terkejeut gila bila aku dengar atok yg bergelar haji lagi dah tua tu nak bunuh binatang tu..sekali "pang,pang,pang" bunyi musang yg melekat pada batang besi tue, dipukul pada dinding rumah dengan kuatnya.ya allah,aku nak terjerit dah masa tu,puan mama pun sama.lepastu incik ayah ckp "eh haji,jangan macam tue,kesian kat die".."eh xper,die nie bahaya"..Kepala otak kau orang tua,binatang tu xbahaya pun lar.dalam hati aku "kau lar yg patut mati,sebab bodoh sangat"..lepas si atok tu cakap begitu,ayah aku pun masuk dalam, mungkin tak sampai hati nak tengok kot.puan mama pun ikut sama.tapi aku still intai kekejaman atok tu melalui tingkap bilik.tingkap bilik aku tinted,jadi atok tu xperasaan lar.

ouh,you are atok!

                       Masa aku sambung tengok peristiwa tue,aku tengok atok tu dah xpukul musang kat dinding lagi tapi lepastu aku dengar bunyi suara musang tu,suara musang tue macam suara nak mintak tolong. okay, memang lar aku tak tahu bahasa binatang,but korang mesti bole rasa apa yang binatang tu rasa kan.time bunyi suara musang tu,aku tengok atok tua tu tengah tunduk macam tengah rodok perut musang tue.pastu puan mama keluar "dah tamat ke riwayat musang tu?" tanya puan mama.macam ada nada perli jer disitu.HAHA.
pastu,dengan tak ada perasaannya atok tu angkat tunjuk musang yg masih melekat dekat batang besi tue (ok,memang sah dia guna gam).musang tu dah mati sambil lidah terjelir keluar.


                    Ya Allah aku pun tak tahu mana hilang perasaan kasih dia..Nak kata dia benci binatang,rumah dia banyak kot kucing.Rumah aku mana ada binatang melainkan semut dan cicak.HAHA.even aku sangat benci cicak.aku tak penah pun bunuh cicak tau.sebab aku nak pegang cicak pun takut kot.HAHA.menci tau cicak nie.=DTapi aku still tak boleh terima tindakan atok tu.THAT'S MEAN KAU TAHU TAK.Anak dia pulak doktor haiwan, patutnya mesti la ada perasaan sayang kat binatang kan..mungkin anak dia terlupa nak ajar ayah dia cara mengasihani binatang dengan bijak kot.well,nothing is impossible kan??ouh ada kena mengena ke? ;D



                  Dan tadi bibik aku cakap,atok tue bunuh musang tue sebab musang tue makan buah mangga dia. demn it.ada lagi orang yg bodoh macam ni.bagi binatang makan kan sedekah.dia siap cakap macam nie lagi "tuannya belum makan buah tu lagi,musang tu dah rasmikan dulu"..HAHAHA.mari2 kita gelakkan atok nie ramai2,kahkahkah,boleh masuk Raja Lawak ni..adoyaii,macam lar musang tu ada otak nak fikir sama ada tuan punya pokok tu dah rasmikan ke belum.beladihell betul lar.Lagi satu bila aku tengok peristiwa tu berlaku depan mata aku,yang aku fikir KIAMAT DAH DEKAT.sebab antara petanda kiamat ialah,manusia akan hilang sifat kemanusiaan.ouh yeah,dah berlaku pun.
                  Aku rasa,ini lar pembunuhan yang paling kejam pernah aku tengok.bagi aku lar,bagi korang? huh .tapi benda yang paling aku sedih sekarang ni ialah,kenapa musang tu tak makan buah mangga kat rumah aku ,kalau tak pasti dia masih hidup.sadiss betul.

3 comments:

Zulfadzly Rohaizad said...

ak benci org yang tak syg binatang!!! even musang sekali pon, pity them la..makhluk allah tu..

aiman said...

cube test bunoh kcng org tua tu.hahaha

Anonymous said...

"tapi benda yang paling aku sedih sekarang ni ialah,kenapa musang tu tak makan buah mangga kat rumah aku ,kalau tak pasti dia masih hidup"

haha.semat je wei.ini lawak kot.